Wednesday, April 7, 2010

Istighfar dan Taubat Kunci Rezeqi


DALAM kehidupan kita sehari-hari, kita dituntut mencari rezeki yang halal. Menurut beberapa pengamatan, juga situasi semasa, sebahagian besar kaum Muslimin beranggapan bahawa berpegang pada ajaran Islam akan mengurangi rezeki mereka. Tidak hanya terbatas pada anggapan yang keliru dan terpesong itu, bahkan lebih parah dan menyedihkan, terdapat sejumlah orang yang masih mahu menjaga sebahagian kewajipan syariat Islam, tetapi berfikir bahawa jika ingin mendapatkan kemudahan dalam bidang ‘kebendaan’ atau material, juga mengapai kemapanan ekonomi, hendaknya menutup mata daripada hukum-hukum Islam terutama yang terutama dengan hukum halal dan haram.

Mereka lupa atau ‘berpura-pura lupa’ bahawa Allah s.w.t mensyariatkan agama-Nya hanya sebagai petunjuk bagi umat manusia dalam perkara-perkara kebahagiaan di akhirat sahaja. Padahal Allah s.w.t mensyariatkan agama ini juga untuk mengajar manusia dalam urusan kehidupan dan kebahagiaan mereka di dunia.

Sebagaimana Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas, ia berkata:
“Sesungguhnya doa yang sering diucapkan Nabi adalah ‘Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan jagalah kami daripada seksa api neraka’.”

Allah s.w.t dan Rasul-Nya tidak meninggalkan umat Islam tanpa petunjuk dalam kegelapan dan keraguan dalam usaha mencari kehidupan. Tetapi sebaliknya, sebab-sebab mendapat rezeki telah diatur dan dijelaskan. Sekiranya umat ini mahu memahami dan menyedarinya, nescaya Allah s.w.t akan memudahkannya mencapai jalan-jalan untuk mendapat rezeki dari setiap arah, serta akan dibukakan untuknya keberkatan dari langit dan bumi. Oleh hal yang demikian itu, perlu dijelaskan tentang berbagai-bagai sebab di atas dan meluruskan pemahaman yang salah dalam usaha mencari rezeki.

Di antara sebab terpenting diturunkannya rezeki adalah istighfar (memohon ampun) dan taubat kepada Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Nuh ayat 10-12 tentang Nabi Nuh a.s yang berkata kepada kaumnya:“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan untukmu sungai-sungai.”

Apa yang dimaksudkan istighfar dan taubat ialah bukan hanya sekadar diucapkan pada lisan sahaja, tidak membekas di dalam hati sama sekali, bahkan tidak berpengaruh dalam perbuatan anggota badan. Tetapi yang dimaksudkan dengan istighfar dan taubat ialah sebagaimana dijelaskan oleh Imam ar-Raghib al-Asfahani, iaitu “meminta ampun dengan disertai ucapan dan perbuatan dan bukan sekadar lisan semata-mata”.

Sedangkan makna taubat sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam ar-Raghib al-Asfahani adalah meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang telah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya dan berusaha melakukan apa yang lebih baik (sebagai ganti). Jika keempat-empat hal itu telah dipenuhi, bererti syarat taubatnya telah sempurna.

Begitu pula Imam an-Nawawi menjelaskan, “Para ulama berkata, ‘Bertaubat daripada setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat dosa itu antara hamba dengan Allah s.w.t, yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia, maka syaratnya ada tiga, iaitu:

1. Hendaknya ia menjauhi maksiat tersebut.
2. Ia mesti menyesali perbuatan maksiatnya.
3. Ia mesti berkenginan untuk tidak mengulanginya lagi.

Jika salah satu syaratnya hilang, maka taubatnya tidak sah. Jika taubatnya berkaitan dengan hak manusia, maka syaratnya ada empat, iaitu ketiga-tiga syarat di atas, ditambah satu, iaitu hendaknya ia membebaskan diri memenuhi hak orang lain. Jika berupa harta benda, maka ia harus mengembalikannya, jika berupa hukuman, maka ia harus memberinya kesempatan untuk membalas atau meminta maaf kepadanya dan jika berupa mengumpat , maka ia harus meminta maaf

0 ulasan :

Post a Comment

terima kasih karena berkunjung di halaman kami...