Saturday, April 3, 2010

LEWIS HAMILTON paling depan


LEWIS Hamilton seakan melepas geram kekecewaan apabila mencatat masa terpantas pada sesi latihan pertama dan kedua perlumbaan pusingan ketiga Formula Satu Grand Prix Malaysia Petronas 2010 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel, Nico Rosberg (Mercedes) serta pasangan McLaren, Jenson Button - juara di Australia - dan juara dunia tujuh kali Michael Schumacher, tercicir setengah saat berbanding juara 2008 itu. Hamilton yang menduduki tempat keenam di Albert Park selepas pasukan tersilap percaturan terhadapnya, mencatat masa terpantas seminit 34.921 saat pada sebelah pagi dan 1:34.175s pada sebelah petang. Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini namun masih ada beberapa aspek yang perlu ditingkatkan terutama downforce dan cuba mengekalkan rentak pemanduan seimbang dan stabil, katanya menjelang sesi kelayakan hari ini.

Red Bull tetap berpuas hati dengan catatan Vettel yang tercicir 0.266 saat namun mereka terus berdepan masalah teknikal meskipun memiliki jentera pantas apabila Mark Webber menamatkan sesi lebih awal kerana kerosakan enjin.

Bagi saya, tiada masalah besar dihadapi. Mark bagaimanapun terpaksa berhenti dan tidak dapat menghabiskan sesi. Saya masih belum 100 peratus gembira dan fikir kami masih perlu lebih pantas, kata Vettel.

Ferrari dilihat berdepan minggu sukar apabila pemandunya, Fernando Alonso hanya di tangga ketujuh di sebelah petang selepas tangga ke-18 pada sebelah pagi manakala Filipe Massa ke-16.
Robert Kubica pula mempamer pemanduan cemerlang buat Renault apabila di tangga keenam selepas merakam 1:35.148s manakala Sebastien Buemi kelapan buat Toro Rosso.

Lotus Racing mengatasi pesaing muka baru lain apabila Jarno Trulli ke-18 terpantas, di depan rakan sepasukan, Heikki Kovalainen

0 ulasan :

Post a Comment

terima kasih karena berkunjung di halaman kami...